Culture shock :): Pertama
Powered By Blogger

Thursday 7 March 2013

Pertama

Tips Untuk Kejayaan Dalam Temuduga Kerja

Temuduga kerja bertujuan untuk memilih calon yang sesuai untuk mengisi sesuatu jawatan kosong. Dalam sesuatu temuduga anda dikehendaki menjual anda secara cergas dan giat mulai dari anda sampai hingga anda bertolak dari tempat temu duga.

Seseorang yang mencari kerja boleh membuat persediaan untuk sesuatu temuduga kerja dengan menduga soalan-soalan temu duga, menyelidik latar belakang majikan, menyediakan rangka jawapan bagi soalan-soalan yang mungkin ditanya dan menyebut berulang-ulang jawapan itu (tanpa menghafaz). Ikutlah petua yang berikut bagi mencapai kejayaan dalam temuduga anda.
 
Sebelum temuduga anda

Dapatkan pelbagai maklumat tentang organisasi berkenaan dan membiasakan diri dengan visi, misi, aktiviti-aktiviti utama serta prestasi kewangannya. Ini adalah penting untuk menunjukkan anda benar-benar berminat untuk menyandang jawatan yand dipohon itu. Maklumat yang diperoleh itu boleh membantu anda menjawab sebarang soalan secara tepat dan betul. Majikan pada lazimnya mengemukakan soalan seperti ini : “ Apakah yang anda tahu tentang syarikat kami?’
   
Semasa temuduga anda 

Tiba sekurang-kurangnya 30 minit sebelum temu duga diadakan.
Ucapkan terima kasih kepada penemuduga pada akhir sesi.


Selamat Mencuba & Good Luck!